Thursday 17 March 2011

Jatuhnya Aib Seorang Wanita


Pada suatu petang,seorang wanita yg menetap di asrama sekolah agama pergi prep(kelas ptg yg bebas untuk belajar atau membuat kerja sekolah).Selepas itu dya meminta kebenaran penolong ketua kelas untuk pergi ke kelas sebelah untuk menghantar barang yg penting.Wanita itu tidak memberitahu ketua kelasnya kerana ketua kelasnya merupakan seorang lelaki.Jika dia memberitahu ketua kelas,apa fungsinya penolong ketua kelas ditambah pula bersekolah di "sekolah agama"




Setelah diberikan kebenaran untuk keluar dari kelas,wanita itu pun pergi ke kelas sebelah.Setelah beberapa minit ke sana,ketua kelas wanita itu masuk ke kelas itu tanpa memanggil salam lalu berkata:
Ketua kelas:Sapa budak kelas 1***** kat sini..?
Wanita:Ana !
Ketua kelas:Kenapa tak bagi tau AKU kata ANG nak keluaq kelas...?
Wanita:Tadi ana dah bagi tau kat penolong ketua kelas dah...
Ketua kelas:Pasepa tak bagitau AKU truih...?? AKU nie KETUA KELAS...!!
Wanita:(Tidak berkata apa2 lantaran terlalu malu kerana dimarah di depan kelas dan di depan orang ramai,dan dia terus meluru balik ke kelasnya)




Tidak cukup ketua kelas itu menjatuhkan aib wanita itu di kelas lain,dia terus memaki hamun wanita itu di kelas mereka
Ketua kelas:ANG pikiaq ang sapa...?? Mentang2 PAK ANG qeja besaq....Ang pown dah BALIGH...Ingat aku takowt ngan ANG...?? Naseb ang POMPUAN...kalau dak dah lama aku taboh ang...!




Wanita itu terus mendiamkan diri kerana terlalu malu.Namun,disebabkan kecekalan hatinya,dia tidak menitiskan setitik pun air matanya di dalam kelas.Tetapi,oleh kerana wanita itu tetap seorang INSAN,dia menangis di kamar asramanya.


Cuba bayangkan betapa malunya kita apabila dimaki hamun di depan khalayak ramai...?? Adakah sanggup kita menahan malu itu...??


Selepas kejadian itu,wanita itu menjadi seorang yg tabah dah sabar menghadapi dugaan yg terus bertalu talu menimpanya.
Bersama samalah kita berdoa agar wanita ini terus tabah dan sabar hingga ke hujung hayatnya..AMINNN...